skip to main |
skip to sidebar
Definisi
Kanak-kanak Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar Profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan berikut:-
- Kebolehan Kognitif
- Tingkah Laku Sosial / Perkembangan Sosial
- Pengguasan Bahasa ( Lisan / Pertuturan)
- Keupayaan Membaca
- Kemahiran Perkembagan (Development Skills)
- Kemahiran Matematik
Antara kecacatan yang dialami oleh Kanak-Kanak Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran - Lembam ( akibat kecacatan otak)
- Autistik
- Dowm Sindrom
- Terencat Akal Ringan
- Terencat Akal Sederhana
- Hiper Aktif
- Hipo Aktif
- Cerebral Palsy
- Emosi / Tingkah Laku
- Pertuturan
- Epilepsi
- Pelbagai Kecacatan
Objektif
Setiap Kanak-Kanak diberi peluang dan bimbingan yang seluas-luasnya untuk membolehkan mereka:-
- Menguasai kemahiran berkomunikasi
- Menguasai kemahiran bergaul
- Mengetahui dan memperkembang perasaan ingin tahu mengenai hal diri dan alam sekeliling
- Menjaga keselamatan dan keselamatan diri
- Menguruskan hal-hal berkaitan kehidupan seharian
- Mempunyai keyakinan diri dan konsep kendiri yang positif
- Melibatkan diri dalam kegiatan rekreasi
- Memahami keperluan perkembangan jasmani serta menguasai kemahiran motor
- Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni
- Mengembangkan potesni, bakat dan daya kreatif dan intelek
- Membolehkan murid melakukan praktis asas dan dapat menjalankan kerja dengan sendiri.
Adakah Anak Anda Mempunyai Ciri-Ciri Berikut?
Ciri-ciri Fizikal
- Kanak-Kanak yang mempunyai tahap keupayaan mental yang disebabkan oleh faktor-faktor organik adalah lebih kecil bentuk badan, berat badan dan koordinasi motor. Kanak-kanak ini tidak banyak beza daripada kanak-kanak biasa.
Ciri-ciri Intelek - Mempunyai daya ingatan rendah dan penguasan kebolehan terhad dalam bidang generilisasi bahasa. Kesulitan dalam pengamatan dan memahami konsep serta daya kreatif rendah
- Hanya dapat dipelajari oleh kanak-kanak biasa berumur 6 tahun pada peringkat umur 8 tahun atau lebih.
Ciri-Ciri Tingkah Laku - Mempunyai bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan terhadap sesuatu
- Mudah Kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-ulang kali hasil daripada pengharapan masyarat supaya mereka berfungsi sesuai dengan umur mereka
- Sikap dan nilai sosial kanak-kanak tidak selaras dengan tingkah laku murid-murid biasa.
- Minat kanak-kanak ini adalah selaras dengan kanak-kanak yang mempunyai mental yang sama dengan mereka